Thursday, July 1, 2010

hanya kerana seekor nyamuk..

aku nak cite blik pe yg da blaku pada diri aku... Apekah malangnye aku nie!!
al kisah bermula di suatu petang.. sedang enak aku tido berbantalkan bantal kekabu dan tilam yg sungguh empuk, aku tersedar.ku rasakan badan ku seperti luar biasa.. rase nak demam pon ade. dengan kekuatan yg masih ade, aku melawan dengan serta merta ape yg telah aku rase. lantas aku bangun dan menelan 2 biji panadol.. nak di pendekkan cerita, pada malamnyer sedang nyeyak aku tido,aku terjaga.badan aku seram sejuk dan sangat panas di bahagian tengkuk. yaallah, apekah musibah yg melanda pada diriku.aku berserah kepada allah. keesokan harinye aku pergi ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan dari dr. dr telah mengesahkan yg aku suspek denggi.. nauzubillah.. selama 3hari berturut2 aku berulang alik ke klinik untuk check darah, dan setiap hari platlet darah aku turun. sewaktu itu badan aku btol2 lemah.aku tidak berdaya untuk bergerak pantas dan selera makan aku serta-merta hilang. sebelum bali, dr berkata "zaim, esok kalau platlet awak trun juga, kami akan hantar awak ke hospital dan akan di tahan di wad.. berlinang air mata aku memikirkan nasib yg menimpa diriku. tidor x cukup dan makan pon x lena. aku tekad,aku tidak mahu dimasukkan di hospital klang.biarlah aku dimasukkan di hospital raub. dengan kekuatan yg masih aku ade,aku meredah banjaran titiwangsa untuk mendapatkan rawatan di samping dapat berjumpa dengan ibu dan bapa. aku gagahkan diriku supaya aku selamat smpai. akhirnya aku selamat smpai di hospital raub. sewaktu itu, aku betul2 lemah.aku berserah kepada doktor untuk berbuat sesuatu kepada ku. aku terus dimasukkan ke dalam wad. selama 5 hari aku telah berada di wad dan sebanyak 35 botol air di masukkan ke dalam badan aku. akhirnya alhamdulillah aku kembali sihat seperti manusia biasa... hanya kerana seekor nyamuk, beratus2 nyawa boleh derita...

No comments:

Post a Comment